1. Aperture
- Bukaan pada dalaman lens yang mengawal kemasukan cahaya ke sensor .
- Semakin besar bukaan aperture , semakin banyak cahaya yang memasuki sensor .
Begitulah sebaliknya .
*Bukaan pada lens : F22 - F1.8 | Wikipedia |
- Aperture dikira menggunakan unit F . Contoh nya , kitlens selalunya menggunakan F3.5-5.6 , lens potrait pula menggunakan F1.8 . Nilai aperture terkecil selalunya ditunjuk pada bahagian hadapan lens.
Contahnya :
Gambar oleh : Aramonagraphy Studio |
- Ramai yang confius dengan istilah besar dan kecil ni . Secara ringkasnya , apabila disebut 'aperture besar' , ianya bermakna nilai aperture yang kecil seperti F1.8 , begitulah sebaliknya .
- Kenapa ? Sebab kenapa istilah nya macam tu , ini kerana , apabila nilai aperture F1.8 digunakan , bukaan pada dalam lens menjadi besar (rujuk gambar di bawah) .
Gambar oleh : Wikipedia . |
4. Fungsi Aperture
- Mengawal kemasukan cahaya ke dalam sensor .
- Memberi kesan ke atas sharpness gambar yang diambil .
- Aperture besar akan menyebabkan subjek yang difokuskan menjadi tumpuan kerana bahagian belakang menjadi out-of-focus (Bokeh) .
Gambar oleh : Aramonagraphy Studio . |
- Aperture juga perlu di'setting' bersama dengan ISO dan Shutterspeed untuk mengelakkan gambar yang dihasilkan menjadi Overexposed atau Underexposed .
Contoh gambar :
Gambar oleh : Shortcourses.com |
Ini saja penerangan secara ringkas tentang Aperture . Untuk mantapkan lagi skill korang , better buat ujikaji secara sendirian berhad. Kesimpulannya , apabila menyebut 'Aperture besar' , ianya bermaksud secara 'terbalik' :
Besar --> Kecil , manakala Kecil --> Besar . *Kalau tak paham , paham2kan je la :)
Sekian , Assalamualaikum .
Rujukan : Ejad FotoPoyo | Wikipedia | ShortCourses.com
0 Magic Spell(s):