19 September 2015

Field Trip (Price Surveying)

Assalamualaikum


Pada semester ni, kami perlu melengkapkan satu assignment
di mana kami perlu membuat perbandingan harga mengenai
barangan kelengkapan komputer bergantung kepada tempat
yang kami bakal pergi.

Sambil itu, kami perlu memenuhi maklumat berkenaan barangan
yang telah dipilih itu. Pelbagai data perlu kami catit sepanjang
survey tersebut contohnya kos perjalanan ke sana, harga barangan,
spesifikasi barangan tersebut dan sebagainya.

Assignment ini banyak membantu kami dalam melakukan urusan
pembelian serta perbandingan harga. Pelbagai informasi baru yang dapat
kami peroleh sepanjang aktiviti ini. Di samping itu, kami juga belajar
menawar untuk mendapatkan harga yang lebih murah.

Enjoy video ini!


Kami ingin berterima kasih kepada Puan Raja kerana membenarkan
kami melakukan aktiviti dan memberikan kami pengalaman ini.

Sekian, terima kasih.

MEXIT™ 2015 by 3DDPZ

Assalamualaikum



14 September bersamaan hari Isnin haritu, 3DDPZ ada
menganjurkan satu pameran yang berteraskan multimedia
dan IT, hasil dari gabungan ni, lahirlah formula baru ikhlas dari kami.

Media x IT = MeXIT

So, sebelum berlangsungnya hari Isnin tu, kitorang ada buat persiapan
awal supaya Isnin tu, program dapat berjalan dengan lancar.

Antara gambar-gambar yang tersedia sewaktu
persiapan MEXIT™ 2015 tu.
(photo credit to : Ainsyah and Kyrel) 

Geng-geng drawing
Jejaka baju cokelat tu pengarah program
Geng drawing layan pamer hasil masing-masing.
Orang kuat Hana Meow Design & Printing
Raksa Team in action! Pemasangan photobooth.
Geng PC Maintenance tengah bincang kot.
Geng Gaming pun bincang kot.
Dari jauh booth Raksa Team (Photography)
PC Maintenance tengah setup port.
Hana Meow dah settle setup port.
Entrance dihiasi dengan lighting effect khas dari
AJK Keceriaan, Lydia and Pina.
Selesai persiapan sehari sebelum MEXIT™, keesokan harinya
seawal pukul 9 pagi, pameran MEXIT™ dimulakan. Terdapat lima
buah jenis booth yang disediakan iaitu Drawing, Design & Printing, 
Photography, PC Maintenance dan Gaming.

Jom layan beberapa gambar yang disediakan oleh Ainsyahtul and Kyrel.


















So itu sahaja report kali ni, thanks kepada semua yang bertungkus lumus
dalam melancarkan final project kami ini.

Sekian, terima kasih.

 
Some ideas by Uncle Google | Managed by Λramonagraphy Studio - Λramonagraphy | 2014