22 December 2011

Peralatan2 Videography .

  Okay hari ni , aku nak kongsi peralatan2 yang maybe wajib atau berpotensi memudahkan korang merakam video menggunakan DSLR korang ( apa yang pasti memang menggunakan duit ) . Aku pun dah terracun untuk beli benda-benda nih , maybe bajet tahun depan cukup untuk rembat semua benda nih ( bajet tahun ni habis beli barang-barang yang lain ) . 

  Okay tak nak membebel panjang-panjang , just tengok gambar-gambar dan description tentang fungsi-fungsi dia . Warning : Barang-barang tersebut bernilai RM 100 ke atas . *mahal sikit .

*Antara barang2 dengan harga termurah , fullset : RM800
bakal dibeli pada tahun hadapan.
 1.  L.E.D


*L.E.D ni membolehkan korang shooting video dengan strobist style ,
atau pun sesuai untuk shooting night potrait movie.

2. Memory Card
*Memory card 32GB Class 10 , sesuai untuk shooting video yang berdurasi panjang
p/s : pastikan class memory card tersebut ialah Class 10 , bukan Class 4 , ni dapat
mengelakkan rakaman korang terhenti secara Automatik . Antara brand memory card yang
bagus ialah Sandisk dan Kingston.

3. DSLR Microphone


*Memandangkan Built-in Mic yang sedia ada kat DSLR korang tu  tak menghasilkan
bunyi yang baik , ketiadaan wind-shield , so penggunaan microphone macam ni merupakan
 jalan penyelesaian . Antara brand DSLR mic yg terbaik ialah RODE dan SENHEISER.

4. DSLR Rig
*DSLR Rig ni berfungsi untuk mengurangkan kadar gegaran dan
menambah genggaman sewaktu rakaman.


   Kesimpulan , untuk menambah kualiti video korang , perbelanjaan terhadap DSLR korang pun kena la bertambah . Hipotesis yang bagus . Akhir kata , majulah videography untuk negara . (";)

Sekian , Assalamualaikum . 


0 Magic Spell(s):

 
Some ideas by Uncle Google | Managed by Λramonagraphy Studio - Λramonagraphy | 2014