Okay , untuk entry kali ni , just nak share my first month bergelar SPM Candidate . 3 Jan 2012 , masuk ke penjara di mana semua ahli di dalam nya bertungkus-lumus untuk menaikkan nama penjara agar setaraf dengan penjara-penjara yang lain (atau lebih tinggi) . Tapi untuk tahun ni , batch Eximius 22 ada satu agenda penting di mana agenda ni akan menentukan masa depan aku dan batch aku : Sijil Pelajaran Malaysia .
So , untuk bulan Januari ni , semua sesi penyerapan ilmu berjalan dengan lancar . Semua cikgu berebut2 mencari masa terluang untuk buat Extra Class <-- menjadi kan jadual harian di penjara teramat lah padat .
But aku tak kisah . Setahun struggle , untuk masa depan kita jugak kan ? 14 Jan 2012 : Karnival Jom Masuk U! , banyak bagi info pasal hala tuju lepas nih , aku sasarkan lebih kepada bahagian course Creative Multimedia , which cost a lot of pitis , untuk Diploma (2 years) sahaja : RM 12k dan Degree (3 years) : RM39k , memang nak belajar kena mahal2 eh ? Freaking Damn , so aku kena berusaha dengan keras (sangat keras) untuk merebut Biasiswa . Beban .
Cuti Tahun Baru Cina , satu bag penuh dengan buku (especially Physics , Add Math and Chemistry), satu set barang Lukisan Kejuruteraan (LK) dibawak ke rumah untuk ditelaah . Beres . Hope buku2 ni dipegang setiap hari instead of menghadap Laman Muka Buku . Yeah , kurang kan penggunaan Laman tu untuk tahun ni . Online for 30 minutes , and continue studying .
Cikgu cakap : Untuk bulan pertama ni , prestasi kami amat memberansang kan , kalau diteruskan sampai nak SPM , insyaAllah boleh berjaya . Jyeah . Aku suka ayat tu . Al-maklum lah batch kami ni selalu nya stok kena kutuk selalu <-- Batch bermasalah . kot . So aku sangat2 lah berharap agar batch aku dan aku , dapat maintain semangat nak SPM nih . Eximius 22 , All is Well .
Okay , setakat ni sahaja post untuk kali ni . Membosankan untuk dibaca oleh korang , but ni lah realiti hidup seorang Aku .
Sekian . Assalamualaikum .
p/s : Sedang mencuba ShoutJax , ShoutMix berbayar .
0 Magic Spell(s):