03 October 2013

Syukur Seorang Anak Bujang

Assalamualaikum

Sedang asyik mencari mood nak study Programming, tiba-tiba terfikir sejenak lantas blog dibuka untuk diupdate. Ayat ku memang tidak boleh blah tetapi tidak kisah. Aku tetap nak menulis perihal apa yang aku fikirkan sebentar tadi.

Disebabkan tak ada gambar, aku ambik gambar from prev post.

#1 Rumah
*Dah dekat sebulan rumah ini tidak aku langkah.
Rumah ialah tempat di mana kebahagiaan selalu ada, walaupun kadang-kadang rasa bosan tu lebih banyak. Maybe salah aku sebab terperap dalam bilik, selalunya. Rumah lah tempat korang dapat lepak dengan selesa, sambil menghirup udara yang nyaman, melihat kerajinan ibu dan ahli hawa lain dalam keluarga yang sentiasa melakukan kerja-kerja rumah. (Saja describe lelebih, nak cakap aku punya bilik kat UTM tu selalu bersepah.)

#2 Ruang Kerja
*Ruang kerja dalam bilik, kat rumah.
Sini lah tempat aku spend time mengadap Photoshop berjam-jam, atau main gitar 3-4 lagu, atau baca magazine (okay tak, tu atas katil). Tapi the main point is bila buat kerja kat sini, selesa even berjam pun sebab ada aircond, dan diiringi dengan alunan saxophone Kenny G via speaker gedabak kat sebelah tu.

P/S : Kalau ada duit, nak upgrade lagi ruang kerja ni. Kalau ada.

#3 Ruang Makan
*Ni ruang makan, dapur tempat lain. Tapi sini banyak makanan :3
Ni lah antara sebab aku suka berada di rumah, makanan tak pernah putus. Kalau kat UTM, demi nak jimat duit, aku makan dua kali sehari : Lunch and Dinner. Tapi kat rumah, setiap masa adalah masa untuk makan! Asal bosan je, cari makanan, asal mengantuk je cari snek. Rasa dahaga sikit, cari je kordial, tuang air sejuk. Sangat heaven berbanding duduk UTM. Hewhew.

Konklusinya,

Bila fikir-fikir balik, untung bila parent masih nak support kita walhal umur dah layak cari duit sendiri. Timeline aku sebagai anak bujang pun dah nak berakhir. Bila dah habis belajar, kena cari kerja, kena ada rumah sendiri, makan minum semua tanggung sendiri. Dan time tu, sekali lagi korang akan jumpa post seperti ini, mungkin dengan rasa lebih desperate dari sekarang, sebab mungkin waktu tu masa makan aku cuma sehari dalam sekali.

Sekian, terima kasih.



0 Magic Spell(s):

 
Some ideas by Uncle Google | Managed by Λramonagraphy Studio - Λramonagraphy | 2014