Attention : Sediakan makanan ringan sebelum baca entry ni . Then tonton semua video-video kat bawah and sedikit sebanyak korang akan dapat feel berada di Universal Studio Singapore, InsyaAllah :)
Assalamualaikum
Korang ada ke mana mana cuti ni ? Selalunya cuti panjang macam ni mesti family korang bawak melancong kan? Kalau tak, duduk rumah pun okay je. Sekurang-kurangnya tak ada lah kena menghadap sangat buku tu kan ? ^^
So, cuti kali ni my Big Boss decide untuk bawak kitorang melancong ke negara orang negara sebelah . Hee , kitorang pergi melawat Kota Singa untuk melancarkan peredaran darah and melonggarkan otot otot badan . Yeah , kalau duduk rumah asyik baring je kan kan ? ^^
*Tempat biasa orang snap bila sampai kat sini ^^
Kitorang pergi Universal Studio Singapore dengan bayaran yang lebih mahal untuk dapatkan satu pakej Universal Express Pass. Kelebihan dia ialah tak perlu beratur panjang untuk main setiap permainan. ^^v
*Contoh Universal Express Pass ^^
Sumpah sangat lah berbaloi sebab kalau korang tak guna Universal Express Pass ni, korang maybe akan beratur 40 minit or lebih just untuk satu permainan berdurasi tak sampai 1 minit. Tapi tiket dia memang agak mahal lah : RM240 per head . Family aku je dah 8 orang -.-
Okay tak nak cakap banyak , layan lah beberapa berpuluh Foto aktiviti kitorang dekat sana :
*Muqorrobin cakap dia nak jadi orang first , excited . Ngeh
*My Big Boss pun boleh jadi Shrek bila ada rumah macam ni ^^
*Err , aku selalu dikaitkan dengan Binatang ni kat sekolah -.-
*Salah satu Explosion yang memang Awesome waktu persembahan WaterWorld
*Scene Water World ^^
Pedulikan muka berminyak tu , time ni bahang letupan tak habis lagi :)
*Jurassic Park : Ride
OhSiPengambilGambar , sangat tak sharp gambar yang disnap -.-
*This guy tinggi and menakutkan ^^
Eleh tinggi palsu buat apa kan kan ? :D
*Korang nampak RollerCoaster terbalik belakang tu ?
I've ride it and it's Awesome ! ^^
*Cool and besar gila Figure ni ^^ Get ready for Transformers : The Ride!
*Thanks a lot to Universal Express , nampak gila panjang orang beratur tu ?
Kitorang tak perlu ! ^^
*Aku suka tempat ni , boleh lepak lepak and feel macam dekat USA pulak ^^
*Persembahan Street Dance BBoy dekat Hollywood Street , memang cool habis ^^
*Bin versi penat and mintak air ^^
*Time cuaca terik memang best minum Mango Juice ^^
*Makan makan dekat dalam Madagascar Cafe ^^ SD 39.90 : RM 65++ per head -.-
*Dalam ni ada High Speed Roller Coaster yang sangat hebat plus
menakutkan , banyak Mummies ^^
*Love this place time malam malam ^^ Ada feel Romantik ^^
*Slowshutter : Galactica RC time malam , tinggi bebenor ^^v
Kat pond ni dalam pukul 9 ada pertunjukan Fireworks!
*Kayfine aku tak reti snap Firework , but ni firework show paling indah pernah
aku tengok dalam hidup aku :)
*Naik benda ni untuk sampai ke kereta masing masing. Sebab ?
*Sebab parking lot dia yang super-besar !
Sangat jauh untuk ke Entrance Universal Studio ^^
*Okay , I'll See You Again USS !
*Kay ni takde kena mengena , just nak cakap kucing Parsi ni gila besar!
berat dia 8 kilograms bhaii . ^^
Okay , so tu beberapa gambar yang aku share , actually banyak lagi but nanti korang muntah pulak tengok kan ? Hee , nanti aku Upload kat Facebook lagi beratus ratus yang lain . ^^
Racun Session! ^^
Next , untuk meracun korang untuk lawat Universal Studio Singapore ni , aku nak share beberapa video tentang beberapa aktiviti yang aku main kat sana . Dude , seriously ni antara yang the best lah benda yang korang akan jalani bila ada kat sini .
Penat tau cari video-video terbaik kat Youtube , baik korang tengok, kalau tidak memang rugi ^^
1. Battlestar Galactica RC
Aku suka Cylonpunya sebab lebih dahsyat , korang akan rasa tergantung and RollerCoaster ni siap backflip lagi . Haha , rasa macam akan mati bila-bila masa je ^^ Korang memang patut cuba ^^
2. Transformers Ride in 4D
Transformers Ride ni pun terbaik sebab rasa real gila and ada satu scene korang macam terjatuh bangunan sumpah ada rasa gayat time tu , plus ada sikit explosion yang jadi kan tempat tu bahang sekejap . :)
3. Lights , Camera , Action by Steven Spielberg
Benda ni memang antara benda yang aku minat sebab aku dah lama nak 'jumpa' dengan Sifu Steven Spielberg ni , hee , kat sini kitorang dapat rasa feel berada dalam scene VFX tu sendiri :)
4. Water World Live Action Show
Water World ni sebenarnya movie tahun 1995 yang dibawa untuk jadi sebuah Live Action dekat Universal Studio seluruh dunia. Video ni sangat panjang , kalau korang tak minat nak tengok pun tak apa ^^
5. Fireworks at Lake of Hollywood
Ni lah Fireworks yang korang boleh tengok kalau korang datang tempat ni pada:
Jumaat, Sabtu or Ahad dekat Lake of Hollywood approx. 9.00 pm
Memang sangat cantik sebab korang akan tengok benda ni depan mata korang ^^ betul betul depan mata ^^
So , setakat ni je yang aku boleh kongsi dengan korang , hope dengan tengok video-video ni korang boleh dapat feel berada kat Universal Studio Singapore and try untuk datang kat sini , memang tak rugi aku rasa. ^^ Ajak lah member member korang untuk datang sekali ^^
"ajak lah member member korang untuk datang sekali"
ReplyDeleteJyeah ! Hehe , kau ajak lah member member kau ^^
ReplyDeleteAjak aku yang penting tu :D
Belanja tau ! :D
nak pergi ramai ramai taknak ajak kau . balas dendam . haha :P
ReplyDeletedamn it ! nak pergi nak pergi !
ReplyDeleteEka : Haha , taktik kejam sungguh ! ^^ Tak apa tak nak kawan ! Heee ^^
ReplyDeletePeanut : Jom lah kumpul RM240 untuk satu tiket tak termasuk makan :D
wah ! best nyer dpt g sane ! huhu
ReplyDeleteHee , nanti jom lah kumpul duit pergi sana lagi ^^
ReplyDeleteAku nak kucing tu ?
ReplyDeleteHeww. Bukan aku punya pun . ^^
ReplyDeleteAku dah tengok video tu .
ReplyDeleteNasib la siapa duduk sebelah aku kalau nak Cylon tu
Memang mati la aku cekik diaa :D
Haha. Kau Cuak benda tu? :D
ReplyDeleteBest gila kot! :DD