08 October 2013

#UTMLife : Bilik Kami

Assalamualaikum

Untuk post kali ni, aku nak show bilik yang aku duduk sepanjang Semester 1 and Semester 2 nanti. UTM sediakan satu tempat yang dinamakan Kolej Kediaman Siswa yang
terletak kira-kira 2 km dari kampus UTM  (Approx. 5 minutes)

Setiap satu bilik disediakan prasarana asas yang lengkap seperti tandas, loker, meja belajar dan katil dan boleh menempatkan sebanyak 2 orang untuk satu bilik. Roomate aku pelik 
okay aku bergurau. Senpai, aku bergurau. Dia perpustakaan komik.

Tapikan, ahli bilik sebelah aku, lagi dua orang, telah mengalihkan tilam mereka, diletakkan atas lantai selari dengan katil kami, sekaligus menjadikan bilik mereka sebagai pantri, tempat menyidai pakaian, rak kasut, laluan  masuk dan tempat menggosok baju.

Gambar bilik kami

*Yang tu meja belajar aku, tak ada buku kan kan? Haha.
*Nampak tu tilam disusun sampai halang pintu, masuk guna pintu sebelah
*Tie yang banyak tanpa dipakai.
*Meja roomate si kaki Anime : Senpai. Jgn terpedaya, tu bukan
buku ilmiah yang bebanyak tu, 98% komik tu.
*Gitar di mana mana kan kan? :D
*Deretan gitar + dumbell pengubat kesunyian.
P/S : Gitar member aku sama macam replika gitar atas meja aku.
*KSJ  kasi satu suis je untuk sorang. Ada aku kisah?
*Selipar and kasut teratur disusun di bawah softbox yang besar.
*Tempat kami gosok baju untuk hari Isnin (Smart Day)
*Pandangan kasar bilik sebelah, bersepah sikit.
*Yang nampak satu je Maggi. Kan. Kami tak makan maggi. :3
*Seperti di asrama, kami amalkan kongsi alatan mandi.
*Sinki kami sentiasa bersih. Okay tak tipu je.
Okay, setakat ni je perkongsian untuk kali ni, harap korang percaya yang bilik aku 
memang sentiasa bersih macam ni. Hehe.

Sekian, Assalamualaikum.


P/S : Orang lain dah ada yang dah habis sem.


0 Magic Spell(s):

 
Some ideas by Uncle Google | Managed by Λramonagraphy Studio - Λramonagraphy | 2014