30 November 2013

Minat + Bakat

Assalamualaikum
Nak kasitahu awal-awal, aku membebel je untuk post kali ni.

*thanks to Basyaaaaarina sebab balut buku ni.
Selepas aku habis baca buku 28 Hari : Jurnal Rock 'n' Roll + Anarki di Kuala Lumpur,
di bawah publisher Lejen Press ni, ada satu benda yang aku tersedar, (actually banyak, tapi nak tekankan satu benda ni) kita boleh ada pupuk minat, tak kira dalam apa jua bidang, tapi hanya sesetengah orang je yang akan ada bakat untuk setiap apa yang dia minat tu.

And actually, apa yang aku tulis ni tak ada kena-mengena dengan buku ni.
Just tiba-tiba terlintas sambil baca buku ni.

Aku kasi analogi.

Kau minat memasak, kau boleh beli rempah ratus ribu, ayam segar, sayur-mayur then Google cara nak masak Kari Ayam. Then kau masak ikut resipi, siap. Tapi nak dibandingkan dengan orang yang ada bakat,  yang dapat merasa garam tu terlebih atau terkurang, or dia punya naluri yang bagus bila perlu make sure ayam tu cukup lembut atau tak. Hasilnya sama, lauk kari ayam, tapi antara yang pakai hentam bulat bulat dari resipi berbanding yang guna resepi then adjust ikut bakat sendiri, aku pasti situasi kedua tu lebih masyuk.

Analogi lain?

Aku.

Aku reti main gitar.
Aku reti guna kamera mahal.
Aku ada suara untuk menyanyi.

Tapi.

Aku reti ke nak gubah guitar solo sendiri?
Aku tahu ke nak snap angle yang masyuk tanpa tiru dari jurugambar pro?
Aku reti ke nak buat lagu sendiri?

Tak. Semua tu aku tak reti.
Semua tu perlukan bakat.
Dan aku rasa aku tak ada bakat itu.

And aku rasa, lain hasilnya untuk orang yang belajar menulis lagu dari mana-mana akademi berbanding dengan orang yang ada bakat semulajadi, dan menulis lagu. Yang mana dengan ada bakat, dia akan lebih menghayati.

Jadi lah seperti allahyarham Yasmin Ahmad atau allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Filem yang berkualiti.

Bukan macam David Teh O yang penuh dengan filem segera.
Tanpa nilai. Asal siap.
(Oppss)

Semua bergantung kepada bakat. Dan dengan wujudnya minat, bakat hanya perlu diasah.

Untuk golongan yang masih optimis,

Kita mesti yakin, usaha tu tangga kejayaan.
Kalau tak ada bakat pun kadang-kadang boleh berjaya.

Cuma usaha tu perlu keras.

Sekian, Assalamualaikum.

P/S: Serius kali ni aku mengarut sangat panjang.

0 Magic Spell(s):

 
Some ideas by Uncle Google | Managed by Λramonagraphy Studio - Λramonagraphy | 2014