15 November 2014

Sugar Glider : Home Breed vs Mass Breed

Assalamualaikum
serius bapak lama tak update blog ni
Untuk post kali ni, aku just nak share pasal sejenis haiwan exotic:
SUGAR GLIDER 
Comel gila kan? (Sumber gambar: Google)
Aku tahu aku lambat lebih kurang dua tahun dalam minat membela suggie ni,
tapi lalala aku tetap nak bagi panduan sikit kalau korang nak beli suggie, supaya
chances korang ditipu oleh dealer yang tak bertanggungjawab dapat dikurangkan.

Waktu membeli suggie ni, seeloknya korang pergi cari petshop yang diyakini sebab 
certain yang jual online ni (especially mudah.com.my) menipu dengan mengatakan
suggie yang mereka jual adalah jenis home breed.

Apa itu Home Breed?

Home Breed Suggie ni ialah suggie yang dibesarkan bersama-sama parent dorang.
Joey home breed ni mendapat nutrisi yang secukupnya serta mendapat ilmu grooming
dan cara berinteraksi dengan manusia yang cukup oleh parent dorang.

Senang cakap, home breed suggie ni lebih sihat, jinak dan senang bond dengan tuan baru
dorang sebab dorang mendapat perhatian yang penuh waktu dorang membesar.

Home breed joey akan bersama dengan parent dorang
sampai dorang tamat tempoh OOP and waktu membesar.
(Sumber gambar: Google)
Apa itu Mass Breed?

Mass breed punya induk (parent) ni ditempatkan di dalam sangkar yang kecil, tanpa
sebarang penjagaan kesihatan yang mencukupi (termasuk diberi makanan yang murah),
 tidak dibelai oleh si tukang bela sebab motif utama dorang hanya satu, meningkatkan
kuantiti breeding oleh induk ni. Bapak kejam gila siot.

Joey yang lahir tu akan diasingkan 2 minggu setelah tamat tempoh OOP (out of pouch)
atau selepas joey dah start pandai makan sendiri. Oleh sebab itu, joey ni jadi susah untuk
jinak dengan manusia, sebab tak pernah bonding sepanjang hidup dalam sangkar tu.

Kesan lain yang dapat dilihat dari mass breed ni ialah joey tu kekurangan imunasi sebab
tak dapat zat yang sepenuhnya dari sang ibu. So kemungkinan untuk pertumbuhan yang
lambat and senang dapat penyakit tu adalah lebih tinggi.

Contoh suggie yang dibiakkan secara Mass Breed.
(Sumber gambar: FB group Malaysia - Sugar Glider Group)
So kesimpulannya, jangan rasa yang murah sikit tu berbaloi. Better beli yang
home breed, senang bonding, kesihatan terjamin, semua terjamin.

STOP MASS BREEDING

Dengan ini aku nak memperkenalkan Hero and Hazel,
sugar glider aku, dua-dua berumur awal tiga bulan.

15 November : Hari keenam diorang duduk dengan aku.
Sekian, terima kasih.

Nota kaki: Kalau ada fakta yang salah mohon diampun. Beta baru berjinak dalam bidang ini.
Sumber : Google | Blog azimfarhanhussein | Suggies101

0 Magic Spell(s):

 
Some ideas by Uncle Google | Managed by Λramonagraphy Studio - Λramonagraphy | 2014